Isu JDT dan T-Team Laporan Polis

Isu JDT dan T-Team Laporan Polis. Dakwaan pemain T-Team dikasari pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan. Pasukan bola sepak T-Team membuat laporan polis. Selain itu jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo juga turut membuat laporan polis. Disahkan Ketua Polis Negeri Datuk Jamshah Mustapa di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

Isu JDT dan T-Team Laporan Polis

Polis Daerah Kuala Terengganu Polis Terengganu menerima empat laporan daripada pasukan bola sepak T-Team berhubung insiden kekecohan perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor, Sabtu lepas. Ketua Polis Negeri Datuk Jamshah Mustapa berkata pihak pengurusan, dua pemain import serta jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

"Kami akan menyiasat dan akan memanggil serta merakamkan percakapan saksi-saksi yang berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan"
Datuk Jamshah Mustapa

Pada pertemuan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT), T-Team enggan meneruskan perlawanan pada babak kedua selepas mendakwa pemain importnya Evaldo Rodrigues dan Fabio Flor serta Impagliazzo dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa. T-Team, yang ketinggalan 2-1 pada separuh masa, mendakwa mereka tidak dapat meneruskan perlawanan atas faktor keselamatan. Sumber - Bernama.



Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





1 comment:

  1. Akhirnya selesai T team buat cerita wayang rupanya..hehehhehe

    ReplyDelete

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh