Penerangan Ringkas | Seksyen 114A | Akta Keterangan

Sekiranya anda menerbitkan berita, blog, forum atau apa sahaja melalui media internet yang bertentangan dengan undang-undang seperti memfitnah seseorang umpamanya, anda boleh di siasat dan akan dibawa ke muka pengadilan.

Kebelakangan ini ramai blog owners yang telah disaman kerana menyiarkan entry yang dikatakan memfitnah seseorang. Bagus, elok lah kalau begitu. Undang-undang seperti ini adalah perlu untuk mengekang gejala yang tidak senonoh yang boleh mengharu-birukan masyarakat. ~ Pandangan Pribadi

Satu akta baru telah dipinda dan telah berkuatkuasa pada 1 June 2012 yang lalu. Melalui pindaan pada Akta Keterangan ini, para pengguna internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet walaupun bukan mereka sendiri yang melakukannya.

Sekiranya ANDA sebagai:
Pemilik komputer atau Pemilik account internet yang subscribe dengan ISP, termasuk wifi atau Pemilik website, seperti blog, forum dan sebagainya.
ANDA boleh disabitkan dengan akta ini sekiranya menyebarkan fitnah, berita atau maklumat berbentuk subversif seperti menghasut

Sekiranya anda mempunyai sesuatu website, umpamanya blog dan forum, Sekiranya seseorang user submit entry atau comments pada blog anda, forum, maka ANDA akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang ditulis oleh mereka.

Jika anda mempunyai open wifi, anda juga boleh disabitkan sekiranya mereka meng-upload maklumat tersebut menerusi wifi anda. Malah, Seksyen 114A ini memberi tanggapan bahawa anda bersalah sehingga anda tidak dapat membuktikan sebaliknya. Ini bersalahan dengan tanggapan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.

Walau bagaimana pun, dalam konteks perkongsian berita melalui Facebook atau Twitter, pemilik atau pengguna Facebook atau Twitter tidak akan dipertanggungjawabkan dengan sebarang ulasan atau komen yang dibuat oleh orang lain yang dihantar ke dalam akaunnya semata-mata sebagai satu perkongsian berita atau maklumat kerana anggapan fakta dalam penyiaran seperti yang diperuntukkan dalam sekysen 114A tidak akan terpakai dalam keadaan yang sedemikian.

Malah, pengguna Facebook dan Twitter boleh menyangkal anggapan fakta bahawa mereka adalah pemilik, hos, pentadbir, editor atau sub-editor untuk penyiaran fakta berunsur fitnah melalui internet dengan menunjukkan bukti sebaliknya. 

(Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong)

Berkenaan dengan kempen menentang Seksyen 114A Akta Keterangan 2012 yang dianjurkan oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia, dan ada pengguna internet yang merancang untuk melancarkan Internet Blackout Day pada 14 Ogos 2012 adalah untuk menyedarkan pengguna internet tentang kesan negatif pindaan tersebut di mana Seksyen 114A menganggap individu yang memiliki laman web atau peralatan komputer yang mengandungi bahan berunsur hasutan atau fitnah bersalah walaupun bahan itu dimuat naik oleh pihak lain. Individu atau organisasi yang mengendali atau menawarkan perkhidmatan kepada forum, blog, atau laman web juga bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat pada perkhidmatan tersebut.

Begitu juga dengan para pengguna internet yang akaun atau komputernya yang di hack juga akan dipertanggungjawabkan ke atas bahan yang dimuat naik oleh hackers. Seksyen 114A ini dianggap mengancam kebebasan bersuara di internet dan menggugat prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia. [Sumber Artikel]



Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





No comments:

Post a Comment

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh