Meriam Buluh Gergasi | Mercun Buatan Sendiri | Info Mercun

Meriam Buluh Gergasi adalah sejenis Mercun Buatan Sendiri. Bamboo Cannon ataupun Meriam Buluh juga merupakan permainan tradisional yang popular semasa musim perayaan Hari Raya di Malaysia dan Rumpun Melayu. Semenjak kerajaan Malaysia mengharamkan mercun komersial, semakin ramai pula beralih kepada meriam buluh yang lebih berbahaya sebagai hiburan alternatif di musim perayaan. ~ Info Mercun

Meriam Buluh Gergasi | Mercun Buatan Sendiri
Meriam Buluh terdiri daripada sebatang buluh besar sebagai laras meriam. Biasanya, buluh yang digunakan berdiameter antara 4 hingga 6 inci serta panjangnya antara 4 hingga 5 kaki. Bahan Peledak yang digunakan pula ialah Karbid iaitu campuran Kalsium Karbida dan Air. Tindak balas kimia yang terhasil daripada campuran Kalsium Karbida dan Air di dalam buluh menghasilkan Asetilena iaitu gas yang mudah meletup. Gas Asetilena akan meletup apabila terdedah kepada api. Minyak tanah juga digunakan sebagai bahan api. Lebih kurang 200 ml minyak tanah panas dimasukkan di dalam lubang kecil pada meriam buluh.

Sebatang kayu kecil digunakan untuk membakar wap yang terhasil dan seterusnya menghasilkan letupan meriam. Letupan tersebut menghasilkan bunyi yang sangat kuat. Selepas letupan pertama, udara segar dibiarkan masuk ke lubang kecil dan meriam dibakar lagi. Kesabaran dan latihan berulang kali diperlukan bagi menghasilkan letupan yang paling kuat.

Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





No comments:

Post a Comment

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh