Lima Bala dari Allah


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah SAW. kepada kami (pada suatu hari) kemudian baginda bersabda; "Wahai kaum muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah SWT., semoga kamu tidak menemui masa itu. 

Perkara­-perkara itu ialah:

1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit taun yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah SWT.

4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasul-Nya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ". 

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Keterangan :

Hadis di atas menerangkan bahawa:

1. Penyakit taun dan penyakit yang belum pernah berlaku menimpa umat-umat yang terdahulu (seperti aids, sifilis, selsema burung, H1N1 dan sebagainya) adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.

2. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.

3. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.

4. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum muslimin (sepeti hilangnya Tanah Palestin dari tangan kaum muslimin dikuasai oleh Zionis Israel laknatullah, Afginistan dan Iraq dikuasai oleh Amerika) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah SWT

5. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum muslimin adalab berpunca daripada mengenepikan hukum­-hukum Allah SWT. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.

 
Jika kita perhatikan maksud hadis diatas kelima-lima bala tersebut secara realitinya  telah berlaku di dalam masyarakat kita . Gejala sosial dan kemungkaran (dosa-dosa besar) yang dilakukan dalam masyarakat telah sampai kepada kemuncaknya. 

Punca sebenarnya adalah kerana perkara ke lima iaitu apabila mereka meninggalkan hukum-hukum Allah SWT dan tidak mahu menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup. 

Oleh itu marilah sama-sama kita kembali kepada Allah SWT dengan mentaati suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature

Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





No comments:

Post a Comment

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh